Alu-aluan

Assalamualaikum

Selamat Datang

Khamis, 27 Januari 2011

BERITA GEMBIRA KEPADA KAKI PANCING(2-5 Febuari 2011)

Aktiviti memancing adalah satu aktiviti yang amat di gemari sejak akhir-akhir ini. Semakin ramai kaki pancing baik di sungai-sungai, kolam mahupun di laut lepas ingin mengetahui beberapa fakta tentang aktiviti ini. Kekurangan  data berkenaan dengan lokasi dan tarikh yang sesuai unyuk memancing selalu sahaja menjerat para penancing sehinggakan hasil tangkapan selalu tidak memberi pulangan yang baik.

Menyedari kepayahan para kaki pancing terutamanya nelayan, maka blog ini menyediakan data yang tepat tentang aktiviti memancing dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan perikanan. Setelah kajian dilakukan, kebanyakan perairan di seluruh Malaysia dan negara-negara Asean lain mempunyai pola aktiviti merin yang berbeza-beza. Menyedari hakikat ini satu inisiatif telah dibuat untuk menjadualkan aktiviti perikanan di seluruh Asean.
Data yang diperolehi adalah berdasarkan sumber yang telah diperakukan di seluruh dunia. Jadual Aktiviti merin ini adalah merangkumi pergerakan ikan yang dipengaruhi oleh pergerakan arus, kuantiti ikan dan ramalan waktu-waktu ikan menjadi aktif. Walau bagaimanapun jadual ini hanyalah merangkumi perairan Malaysia manakala perairan negara-negara Asean lain masih lagi dalam proses pengumpulan data.

 Selamat mencuba dan Selamat Memancing.

Jadual Memancing Seluruh Malaysia(Waktu/Jam)

Bil.
Lokasi Perairan
Tarikh

3 Feb. 2011
4 Feb. 2011




Bagus
Sesuai
Kadar
Bagus
Sesuai
Kadar



1
Semporna/Tawau



11.00-13.00
23.10-01.10
04.50-05.50
17.10-18.10
☺☺☺☺
11.40-13.40
-
05.30-6.30
18.00-19.00
☺☺☺☺



2
Sandakan



11.00-13.00
23.20-01.20
04.45-05.45
17.05-18.05
☺☺☺☺
11.45-13.45
-
05.35-06.35
17.50-18.50
☺☺☺☺



3
Kota Kinabalu



11.10-13.10
23.30-01.30
05.00-06.00
17.20-18.20
☺☺☺☺
11.55-13.55
-
05.45-06.45
18.00-19.00
☺☺☺☺



4
Labuan



11.10-13.10
23.35-01.35
05.00-06.00
17.25-18.25
☺☺☺☺
12.00-14.00
-
05.45-06.45
18.10-19.10
☺☺☺☺



5
Miri/Bintulu



11.20-13.20
23.40-01.40
05.10-06.10
17.30-18.30
☺☺☺☺
12.00-14.00
-
06.00-07.00
18.10-19.10
☺☺☺☺



6
Kuching/Sibu



11.30-13.30
0.00-02.00
05.15-06.15
17.45-18.45
☺☺☺☺
12.20-14.20
-
06.00-07.00
18.30-19.30
☺☺☺☺



7
Johor Baharu



12.00-14.00
-
06.00-07.00
18.00-19.00
☺☺☺☺
0.20-02.20
12.40-14.40
06.30-07.30
19.00-20.00
☺☺☺☺



8
Pontian/Melaka



12.00-14.00
-
06.00-07.00
18.00-19.00
☺☺☺☺
0.20-02.20
12.40-14.40
06.30-07.30
19.00-20.00
☺☺☺☺



9
Pel. Klang/PD



12.15-14.15
-
06.00-07.00
18.20-19.20
☺☺☺☺
0.30-02.30
13.00-15.00
06.40-07.40
19.00-20.00
☺☺☺☺



10
Lumut



12.15-14.15
-
06.00-07.00
18.25-19.25
☺☺☺☺
0.35-02.35
13.00-15.00
06.45-07.45
19.10-20.10
☺☺☺☺



11
Langkawi/P.Pinang



12.15-14.15
-
06.00-07.00
18.30-19.30
☺☺☺☺
0.35-02.35
13.00-15.00
06.50-07.50
19.10-20.10
☺☺☺☺



12
Kota Baharu/Setiu



12.00-14.00
-
06.00-07.00
18.10-19.10
☺☺☺☺
0.20-02.20
12.40-14.40
06.30-07.30
18.50-19.50
☺☺☺☺



13
Tioman/Mersing



11.55-13.55
-
05.50-06.50
18.10-19.10
☺☺☺☺
0.20-02.20
12.40-14.40
06.30-07.30
18.50-19.50
☺☺☺☺



















BAJAU DAN NEGERI SABAH.

‘Ai habbal ranakan/dinakan?’. Perkataan ini selalu sahaja diucapkan di kalangan masyarakat Bajau di Negeri Sabah. Bermaksud ‘Apa khabar saudara’ yang melambangkan semangat keakraban dan persaudaraan yang kukuh. Ia juga melambangkan kuatnya semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam masyarakat ini. ‘Sama’’ yang bermaksud bajau itu sendiri bukan sahaja perkataan atau ganti nama mereka dalam komuniti ini tetapi ia juga membawa maksud bersama atau sama rata yang secara tidak langsung menggambarkan semangat perpaduan dan toleransi yang tinggi dalam masyarakat.

Saya percaya bahawa lebih 20% daripada penduduk Negeri Sabah adalah dari kalangan Kaum Bajau. Bajau merangkumi Bajau Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Kinabalu dan Bajau Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tawau manakala sebilangan kecil di Daerah Sandakan.  Kawasan-kawasan ini penduduknya menggunapakai perkataan ‘Bajau’ sebagai identity mereka. Walhal, terdapat lagi masyarakat Bajau menggunakan nama lain seperti Ubvian, Ayakan, Simunul, Kagayan, Pala’u, Suluk, Benadan dan Irranun yang mendiami sekitar Kota Belud, Kudat dan Pitas. Cuba bayangkan, masyarakat ini mendiami 11 daerah daripada 23 daerah di Sabah. Rata-rata masyarakat ini menggunapakai asas bahasa yang sama meskipun telah di pengaruhi oleh persekitaran. 

Masyarakat Bajau memang terkenal dengan sikap setia dan patuh kepada arahan. Sejak turun-temurun masyarakat ini amat setia kepada Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sehinggalah Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Bajau juga sejak sekian lama menjadi ‘Raja Laut’ kepada 3 lautan iaitu Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Di seluruh dunia dianggarkan lebih 5 juta orang masyarakat ini mendiami sekitar Utara dan Selatan Pulau Sulawesi Indonesia(Lebih dari 1.5 juta  orang), Tengah dan Selatan Filipina(Lebih dari 2.5 juta  orang), Kepulauan Palau di Pasifik(Tiada data), di sekitaran pantai-pantai Negeri Sabah di Malaysia (tidak kurang dari 0.5 juta orang) dan kemungkinan di Kepulauan Bajau di Riau Indonesia.

Mengikut dongeng Bajau, ‘Kitai tu min Johol asal ta’ yang membawa makna ‘Kita ni berasal dari Johor’. Sesetengah mendakwa mereka adalah dari susur galur keturunan Kesultanan Brunei. Walau bagaimanapun masih terdapat kekeliruan memandangkan terdapat beberapa persamaan dari segi nama tempat di sekitar Nusantara. Misalnya di kepulauan Riau Indonesia terdapat beberapa buah pulau yang dinamakan Pulau Bajau. Manakala di Kepulauan Visaya, Filipina terdapat dua buah pulau yang diberi nama Pulau Bohol dan Samal(Samar). Walau apapun kita adalah anak jati Sabah dan anak Malaysia maka hidup dan mati kita di negeri dan negara kita yang tercinta ini. Sesama ’Sama’ lah kita bersatu di bawah satu “Sambulayang Sama’”.


Gambar-gambar dalam artikel ini adalah gambar generasi muda Bajau di Negeri Sabah.

Rabu, 26 Januari 2011

SENYUMAN KINABALU

Selamat Datang Ke Gunung Kinabalu!...... Siapa tak kenal gunung kemegahan negara ini. Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,093.4m. Gunung yang menjadi mercu tanda Negeri Sabah. Gunung Kinabalu adalah gunung yang mempunyai kelas tersendiri yang acap kali menjadikan orang lain merasa cemburu.

Meskipun setengah orang menganggap Gunung Kinabalu sebagai ke-3 di Asia Tenggara tetapi biasalah, Negeri Sabah sentiasa sahaja ingin dirampas keunikkannya. Kita masih lagi ingat dengan Pulau Sipadan dan Ligitan yang telah menjadi pergeselan dengan pemilik gunung yang kononnya pertama dan ke-2, Adakah gunung-gunung tersebut juga sama statusnya dengan Sipadan dan Ligitan? Adakah gurung-gunung ini juga milik negara lain? Mengapa tidak Isytiharkan saja sebagai pertama dan ke-2?

Walau apapun, kami menyambut semua cemuhan dan hasad dengki dengan SENYUMAN KINABALU. Saban hari kami melihat setiap orang yang datang dengan pelbagai gaya dan kerena, tetapi akhirnya mereka pulang dengan senyuman tanda kepuasan.